Tuesday 27 November 2012

Syarahan

 Persekitaran Sekolah Yang Baik Turut Mempengaruhi Pencapaian Prestasi Pelajar



     Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru, dan para pelajar yang dihormati.
     Berdirinya saya pada pagi yang berbahagia ini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk, " Persekitaran Sekolah yang Baik Turut Mempengaruhi Pencapaian Prestasi Pelajar " .
     Sebelum itu, izinkan saya menghuraikan maksud persekitaran sekolah yang baik. Persekitaran sekolah yang baikmerangkumi keadaan di dalam bilik darjah dan juga keadaan luar persekitaran sekolah yang baik. 
Hadirin sekalian, 
     Faktor utama mempengaruhi pencapaian prestasi pelajar ialah keadaan di dalam bilik darjah. Keadaan di dalam bilik darjah ini merangkumi hubungan yang baik antara guru dan pelajar. Hubungan yang baik ini akan memudahkan proses penerimaan ilmu pengetahuan yang dicurahkan dengan sempurna. 

     Selain itu, persekitaran sekolah yang baik iaitu keadaan persekitaran luar bilik darjah turut memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi pencapaian prestasi pelajar. Persekitaran sekolah yang ceria, bersih, dan cantik dapat memberikan keselesaan kepada pelejar dalam proses pembelajaran.

Hadirin yang dihormati,

     Untuk meningkatkan pencapaian prestasi pelajar, seharusnya pelajar itu sendiri bijak menggunakan peluang yang ada. Jadikan guru sebagai sumber rujukan di samping membuat rujukan di perpustakaan serta mencari maklumat melalui sumber-sumber sampingan yang lain. 

     Semua pihak di dalam sesebuah sekolah bertanggungjawab memastikan persekitaran sekolah bersih dan ceria untuk meningkatkan pencapaian prestasi pelajar prestasi pelajar. Persekitaran yang bebas daripada pencemaran mampu memberi impak yang berkesan.

     Oleh yang demikian, saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa persekitaran sekolah yang baik turut  mempengaruhi pencapaian prestasi pelajar.

     Sekian, terima kasih.



Kitar Semula Dapat Mengurangkan pembaziran

     Yang dimuliakan Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang bijaksana, guru-guru, dan para pelajar yang dihormati. Selamat pagi dan salam sejahtera.

     Berdirinya saya pada pagi yang berbahagia ini untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk, "Kitar Semula Dapat Mengurangkan Pembaziran".

Hadirin yang dihormati,

     Setiap hari sama ada sedar ataupun tidak, pencemaran alam sekitar semakin meningkat. Jumlah sampah yang terlalu banyak dibuang di tempat yang tidak sepatutnya. Kegiatan sebegini merupakan suatu perbuatan yang tidak baik dan juga merupakan bentuk pembaziran. 

     Pembaziran sangat merugikan. kita boleh mengelakkan pembaziran dengan mengitar semula. Contohnya tin-tin aluminium kosong yang tidak digunakan lagi boleh dijual. Dengan cara ini pembaziran dapat dielakkan malah ini turut memberi keuntungan kepada kita. 

Hadirin yang dihormati,

     Selain tin-tin aluminium, tayar-tayar yang terpakai juga boleh dikitar semula. Tayar-tayar ini boleh dijadikan tukun tiruan yang boleh meningkat jumlah pendapatan atas ikan kepada nelayan seterusnya dapat meningkatkan ekonomi negara. 

     Bahan bacaan lama seperti surat khabar, majalah-majalah, dan buku-buku lama juga boleh dikitar semula. Kita boleh mendermakan bahan bacaan tersebut kepada orang lain. Dengan itu, penggunaan bahan bacaan lama ini dapat dimanfaatkan. 

     Ternyata di sini bahawa kitar semula dapat mengelakkan pembaziran. Kita perlu mengubah perspektif bahawa yang buruk itu tidak semestinya tidak berguna. Ingatlah fikir dahulu sebelum buang.

     Sekian, terima kasih.
   
 Kepentingan Komputer Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah

     Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel haki yang arif, guru-guru, dan pelajar-pelajar yang dikasihi. 

     Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk, " Kepentingan Komputer Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah ". 

Hadirin yang dihormati,

     Kemajuan teknologi moden berkait rapat dengan komputer. Kebanyakan aktiviti menggunakan komputer. Penggunaan komputer akan memberi banyak faedah jika digunakan secara efektif.

     Komputer amat penting bagi para pelajar. Para pelajar boleh mencetak maklumat penting pembelajaran bagi tujuan ulang kaji.Para guru pula boleh merangka program tertentu untuk diajar kepada pelajar bagi tujuan latihan sendiri.

     Selain itu, komputer yang mempunyai konsep multimedia boleh menggantikan penggunaan kapur tulis dan papan hitam yang membosankan .Konsep multimedia yang dilengkapi sistem gambar, warna dan bunyi untuk menyampaikan fakta dan mesej mampu menarik minat pelajar. 

Hadirin yang dihormati, 

     Komputer juga mampu menjimatkan masa guru untuk mengajar. penggunaannya yang mudah dan cepat berbanding masa yang diambil oleh guru untuk menulis dan melukis di papan hitam. Oleh itu, masa yang digunakan oleh guru dapat diisi dengan berkesan.

     Komputer kini mampu menjadi sumber maklumat sekiranya digunakan dengan cara yang betul. Pelajar dan guru akan memperolehi pelbagai maklumat yang dapat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

     Oleh itu, penciptaan komputer memainkan peranan yang besar dan mampu mengubah proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif

     Sekian, terima kasih. 

          
 



2 comments:

  1. 林老师, 你设计的博客很美, 音乐又好听,我很喜欢。

    ReplyDelete