Tuesday 27 November 2012

Syarahan

 Persekitaran Sekolah Yang Baik Turut Mempengaruhi Pencapaian Prestasi Pelajar



     Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru, dan para pelajar yang dihormati.
     Berdirinya saya pada pagi yang berbahagia ini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk, " Persekitaran Sekolah yang Baik Turut Mempengaruhi Pencapaian Prestasi Pelajar " .
     Sebelum itu, izinkan saya menghuraikan maksud persekitaran sekolah yang baik. Persekitaran sekolah yang baikmerangkumi keadaan di dalam bilik darjah dan juga keadaan luar persekitaran sekolah yang baik. 
Hadirin sekalian, 
     Faktor utama mempengaruhi pencapaian prestasi pelajar ialah keadaan di dalam bilik darjah. Keadaan di dalam bilik darjah ini merangkumi hubungan yang baik antara guru dan pelajar. Hubungan yang baik ini akan memudahkan proses penerimaan ilmu pengetahuan yang dicurahkan dengan sempurna. 

     Selain itu, persekitaran sekolah yang baik iaitu keadaan persekitaran luar bilik darjah turut memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi pencapaian prestasi pelajar. Persekitaran sekolah yang ceria, bersih, dan cantik dapat memberikan keselesaan kepada pelejar dalam proses pembelajaran.

Hadirin yang dihormati,

     Untuk meningkatkan pencapaian prestasi pelajar, seharusnya pelajar itu sendiri bijak menggunakan peluang yang ada. Jadikan guru sebagai sumber rujukan di samping membuat rujukan di perpustakaan serta mencari maklumat melalui sumber-sumber sampingan yang lain. 

     Semua pihak di dalam sesebuah sekolah bertanggungjawab memastikan persekitaran sekolah bersih dan ceria untuk meningkatkan pencapaian prestasi pelajar prestasi pelajar. Persekitaran yang bebas daripada pencemaran mampu memberi impak yang berkesan.

     Oleh yang demikian, saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa persekitaran sekolah yang baik turut  mempengaruhi pencapaian prestasi pelajar.

     Sekian, terima kasih.



Kitar Semula Dapat Mengurangkan pembaziran

     Yang dimuliakan Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang bijaksana, guru-guru, dan para pelajar yang dihormati. Selamat pagi dan salam sejahtera.

     Berdirinya saya pada pagi yang berbahagia ini untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk, "Kitar Semula Dapat Mengurangkan Pembaziran".

Hadirin yang dihormati,

     Setiap hari sama ada sedar ataupun tidak, pencemaran alam sekitar semakin meningkat. Jumlah sampah yang terlalu banyak dibuang di tempat yang tidak sepatutnya. Kegiatan sebegini merupakan suatu perbuatan yang tidak baik dan juga merupakan bentuk pembaziran. 

     Pembaziran sangat merugikan. kita boleh mengelakkan pembaziran dengan mengitar semula. Contohnya tin-tin aluminium kosong yang tidak digunakan lagi boleh dijual. Dengan cara ini pembaziran dapat dielakkan malah ini turut memberi keuntungan kepada kita. 

Hadirin yang dihormati,

     Selain tin-tin aluminium, tayar-tayar yang terpakai juga boleh dikitar semula. Tayar-tayar ini boleh dijadikan tukun tiruan yang boleh meningkat jumlah pendapatan atas ikan kepada nelayan seterusnya dapat meningkatkan ekonomi negara. 

     Bahan bacaan lama seperti surat khabar, majalah-majalah, dan buku-buku lama juga boleh dikitar semula. Kita boleh mendermakan bahan bacaan tersebut kepada orang lain. Dengan itu, penggunaan bahan bacaan lama ini dapat dimanfaatkan. 

     Ternyata di sini bahawa kitar semula dapat mengelakkan pembaziran. Kita perlu mengubah perspektif bahawa yang buruk itu tidak semestinya tidak berguna. Ingatlah fikir dahulu sebelum buang.

     Sekian, terima kasih.
   
 Kepentingan Komputer Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah

     Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel haki yang arif, guru-guru, dan pelajar-pelajar yang dikasihi. 

     Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk, " Kepentingan Komputer Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah ". 

Hadirin yang dihormati,

     Kemajuan teknologi moden berkait rapat dengan komputer. Kebanyakan aktiviti menggunakan komputer. Penggunaan komputer akan memberi banyak faedah jika digunakan secara efektif.

     Komputer amat penting bagi para pelajar. Para pelajar boleh mencetak maklumat penting pembelajaran bagi tujuan ulang kaji.Para guru pula boleh merangka program tertentu untuk diajar kepada pelajar bagi tujuan latihan sendiri.

     Selain itu, komputer yang mempunyai konsep multimedia boleh menggantikan penggunaan kapur tulis dan papan hitam yang membosankan .Konsep multimedia yang dilengkapi sistem gambar, warna dan bunyi untuk menyampaikan fakta dan mesej mampu menarik minat pelajar. 

Hadirin yang dihormati, 

     Komputer juga mampu menjimatkan masa guru untuk mengajar. penggunaannya yang mudah dan cepat berbanding masa yang diambil oleh guru untuk menulis dan melukis di papan hitam. Oleh itu, masa yang digunakan oleh guru dapat diisi dengan berkesan.

     Komputer kini mampu menjadi sumber maklumat sekiranya digunakan dengan cara yang betul. Pelajar dan guru akan memperolehi pelbagai maklumat yang dapat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

     Oleh itu, penciptaan komputer memainkan peranan yang besar dan mampu mengubah proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif

     Sekian, terima kasih. 

          
 



Monday 26 November 2012

Karangan Bentuk Laporan



Laporan Hari Terbuka SJK(c) Pei Hua 2009

     Pada 21 Ogos 2009 yang lalu, SJK(c) Pei Hua telah mengadakan Hari Terbuka untuk tahun 2009. Hari Terbuka itu telah bermula seawal jam 8:00 pagi hingga jam12:00 tengah hari. Menurut Guru Besar, Hari Tetrbuka itu diadakan untuk memberi peluang kepada ibu bapa mengetahui perkembangan pelajaran anak-anak mereka. Mereka berpeluang mengadakan perbincanggan dengan guru-guru yang mengajar anak mereka.

     Hari Terbuka ini telah mendapat sambutan yang baik daripada para ibu bapa. Ramai antara mereka yang datang awal untuk berjumpa dengan guru kelas dan guru mata pelajaran. Kebanyak mereka berharap agar prestasi akademik anak-anak akan mengikat seterusnya melonjakan pencapaian mereka dalam peperriksaan.
      
     Selain daripada sesi berbincangan, pihak sekolah juga mengadakan pameran kelab, persatuan, dan pasukan sekolah. Pameran itu diadakan di dewan besar sekolah. Melalui aktiviti ini, masyarakat luar akan dapat melihat aktiviti kokurikulum yang dijalankandan kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh murid-murid sekolah ini.

     Guru Besar yang ditemui pada Hari Terbuka tersebut berharap agar mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan pihak sekolah. Beliau juga berasa sangat bangga dengan kerjasama dan penglibatan semua guru dan dan murid dalam menjayakan Hari Terbuka tahun ini.

Disediakan oleh,

..........................
(LIM MEI SIN)
Setiausaha Hari Terbuka 2009,
SJK(C) Pei Hua. 




Laporan Perkhemahan Pasukan Beruniform SJK(C) Pei Hua 2009 

     Pada 10 Julai 2009 yang lalu, Persatuan Bulan Sabit Merah SJK (C) Pei Hua telah mengajurkan perkhemahan untuk semua pasukan beruniform sekolah. Perkhemah tersebut telah diadakan di Hutan Lipur Bukit Asahan. Perkhemahan tersebut diadakan bertujuan untuk mendedahkan ahli pasukan beruniform kepada hidupan flora dan fauna yang terdapat di hutan. Di samping itu, perkhemah ini diharapkan akan mengeratkan lagi kerjasama dan semangat setia kawan dalam kalangan ahli.
     
     Perkhemahan ini sertai oleh 15 orang ahli Persatuan Bulan Sabit Merah, 19 orang ahli Pasukan Pengakap, 10 orang ahli Pasukan St. John Ambulans dan 10 orang orang ahli Tunas Puteri. 10 orang guru turut serta sebagai guru pengiring. Kami bertolak dari sekolah pada jam 7.00pagi dengan menaiki dua buah bas yang disewa khas. Kira-kira dua jam kemudian kami pun sampai di Hutan Lipur Bukit Asahan.

    Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang perkhemahan tersebut. Antaranya ialah pertandingan khemah tercantik, ceramah ikhtiar hidup, kembar hutan dan sukaneka. Semua perserta perkhemahan telah mengikuti aktiviti tersebut dengan bersemangat. Mereka berasa sungguh seronok dan begitu berpuas hati kerana semua aktiviti berjalan dengan lancar.

    Setelah tiga hari berkhemah, kami pun pulang. Kami berasa amat bertuah kerana telah mendapat banyak pengalaman baru melalui perkhemahan ini.


Disediakan oleh,                                                   28 JULAI 2009



..........................
(SHATESH KUMAR)
Setiausaha Persatuan Bulan Sabit Merah,
SJK( C ) Pei Hwa.

Saturday 24 November 2012

Karangan bentuk Keperihalan

Keperihalan 1


     Hari ini 31Ogos. Awal-awal pagi lagi kami sekeluarga sudah bangun. Kami bersiap-siap hendak ke Stadium Negeri. Kami akan menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini.

     Sewaktu kami masuk ke dalam stadium, hampir semua tempat duduk telah dipenuhi. Kira-kira sepuluh minit selepas kami duduk, sambutan pun bermula. Dari jauh kami dapat melihat para tetamu kehormatian tiba dan mengambil tempat masing-masing. Mereka dduduk di tempat khas yang telah disediakan.

     Juruacara memulakan majilis dengan menjemput Menteri Besar untuk memberikan ucapan. Sejurus selepas ucapan, acara perbarisan pun bermula. Pasukan pancaragam dari beberapa buah sekolah mendahului perbarisan. Selepas itu perbarisan diikuti oleh pasukan berpakaian seragam seperti polis dan tentera. Agensi-agensi kerajaan dan swasta juga mengambil bahagian.

     Perbarisan di meriahkan lagi dengan perarakan kereta berhias yang mewakili jabatan-jabatan kerajaan dan pihak swasta. Para pengujung yang berada di kiri dan kanan jalan kelihatan begitu tarik dengan perarakan ini. Acara yang terakhir pada hari ini ialah persembahan nyanyian dan tarian tradisional oleh pelajar-pelajar sekolah. Pelbagai jenis tarian yang mewakili pelbagai kaum di negara ini telah dipersembahkan. 

     Setelah selesai persembahan, kami sekeluarga pun pulang. Kami berasa sungguh gembira kerana dapat sama-sama meraikan sambutan Hari Kebangsaan untuk tahun ini. Kami juga berasa amat bangga kerana menjadi rakyat Malaysia dan dapat hidup di negara yang aman dan damai ini.




Keperihalan 2



     Pada suatu malam, ketika aku hendak melelapkan mata, tiba-tiba terdengar bunyi siren bomba begitu kuat sekali. Aku segera berlari keluar dari rumah. Kelihatan dari jauh api menjulang tinggi dan asap berkepul-kepul naik ke udara. 

     Rupa-rupanya satu kebakaran besar telah berlaku di pekan berdekatan rumahku. Keadaan ketika itu sungguh kelam-kabut. Orang ramai bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri masing-masing. Ketika itu aku terlihat api sedang marak di sebuah pasar raya. Kedengaran juga suara mangsa-mangsa kebakaran menjerit minta tolong.

     Beperapa minit kemudian, pasukan bomba pun tiba. Ahli bamba bertungkus lumus memadamkan kebakaran itu. Usaha mereka agak sukar kerana tekanan air di situ rendah. Mujurlah ada sebatang sungai di pekan itu. Air sungai disedut untuk memadamkan api yang semakin marak. Orang ramai juga menghulurkan bantuan kepada pihak bomba. Mereka juga menolong mangsa-mangsa kebakaran mengeluarkan barang-barang keperluan yang sempat diselamatkan.

     Kira-kira setengah jam kemudian, kebakaran tersebut telah berjaya dipadamkan. Setelah api betul-betul padam, pihak polis yang mengawal keadaan membenarkan mangsa-mangsa kebakaran masuk kediaman masing-masing. Mereka mencari jika masih ada barang-barang yang terselamat. Kelihatan banyak harta benta yang musnah dalam kebakaran itu. Mujurlah tiada kehilangan nyawa. Sejurus selepas itu, kawasan kebakaran ditutup. Pihak polis dan bomba akan memulakan siasatan untuk mencari punca-punca kebakaran. Mangsa kebakaran ditempatkan di dewan orang ramai yang berdekatan. Mereka diberi bantuan makanan dan keperluan harian.

     Kejadian itu merupakan peristiwa yang tidak dapat aku lupakan. Sejak peristiwa itu, aku sentiasa berwaspada kerana kata orang "api semasa kecil menjadi kawan, apabila besar menjadi lawan".


Keperihalan 3




     Sejak kecil lagi, saya memang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri. Jika suatu hari nanti saya menjadi seorang Perdana Menteri, saya akan melakukan beberapa perkara demi memastikan negara ini maju dan aman damai.

     Perkata pertama yang akan saya lakukan ialah saya akan cuba menghapuskan gejala rasuah. Pelbagai kempen akan saya lakukan untuk menyedarkan orang ramai akan keburukan rasuah. Saya juga akan menguat kuasa undang-undang dengan menjatuhkan hukuman yang lebih berat kepada perasuah.

     Saya juga akan menjadi negara ini sebuah negara maju. Pelabur-pelabur asing akan saya tarik untuk melabur di negara ini. Kilang-kilang akan diperbanyakan untuk memberi peluang pekerjaan kepada rakyat.

     Saya juga akan melengkapkan sistem pertahanan negara dengan senjata-senjata yang canggih. Ini bertujuan untuk menghalang ancaman musuh.

     Selain itu, saya akan melawat kawasan luar bandar. Segala aduan dan masalah yang mereka hadapi akan saya selesaikan. Orang-orang miskin akan saya bantu untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

     Akhir sekali, demi kesejateraan hidup, saya akan memastikan agar rakyat di negara ini mempunyai nilai akhla yang tinggi.

     Semoga harapan saya ini akan dimakbulkan. Saya berjanji akan melakukan yang terbaik untuk negara.  
  

Friday 23 November 2012

Singa Dan Tikus

Singa Dan Tikus



     Pada musim dingin, tikus berasa amat sejuk. Ia pun bergegas mencari tempat untuk berlindung di merata-rata tempat.

     Tikus terjumpa seekor singa yang sedang tidur. Ia pun memanjat ke atas tengkuk singa yang berbulu tebal itu.

     Singa terjaga lalu menangkap tikus itu. Ia ingin memakannya. 

     Tikus merayu singa melepaskannya dengan memberikan sebab ia berada di situ.

     Singa berasa kasihan. Ia pun membenarkan tikus menyelinap ke dalam bulunya untuk memanaskan diri tikus. 

     Keesokan harinya, singa bernasib malang. Ia terperangkap di dalam jaring yang dipasang oleh pemburu. 

     Singa berusaha keras untuk melepaskan dirinya tetapi ia gagal.

     Apabila melihat kejadian itu, tikus pun keluar dari bulu tengkuk singa lalu menggigit jaring tersebut sehingga putus. Akhirnya, singa berjaya melepaskan dirinya. 

     Singa mengucapkan terima kasih kepada tikus. Tikus pun berkata," Sebagai kawan, kita mestilah saling membantu antara satu sama lain. " 

Monday 19 November 2012

MARI BERPANTUN 

Anak rusa nani
Baru kembang ekor
Apa dosa kami
Lalu tidak tegur


Buai laju-laju
Sampai puncak sana
Apa dalam baju?
Sekuntum bunga Cina


Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Belum tumbuh gigi
Pandai baca kitab


Ayam kedek-kedek
Beri makan padi
Abang sayang adik
Mesti ajar mengaji

Burung kenek-kenek
Hinggap bawah batang
Apa pesan nenek
Cepat-cepat pulang


Pok amai-amai
Belalang kupu-kupu
Bertepuk adik pandai
Malam nanti upah susu


Susu lemak manis
Santan kelapa muda
Adik jangan menangis
Emak banyak kerja


Air pasang pagi
Surut pukul lima
Bangun pagi-pagi
Siram pokok bunga

Pokok bunga melur
Tanam tepi batas
Itik dah bertelur
Ayam dah menetas


Lompat si katak lompat
Lompat dalam perigi
Cepat adik cepat
Pergi mandi cuci gigi


Lompat si katak lompat
Lompat di tepi pagar
Sekolah lekas dapat
Dan mesti rajin belajar


Lompat si katak lompat
Lompat di air tenang
Pergi sekolah cermat
Emak bapa hati senang


Lompat si katak lompat
Lompat di rumput muda
Belajar kuat-kuat
Buat ilmu hari tua


Anak lembu merah
Tambat di pokok asam
Adik kena marah
Tarik muka masam


Burung Kakak Tua
Hinggap di jendela
Nenek sudah tua
Giginya tingal dua


Burung Kakak Tua
Ada anak empat
Nenek sudah tua
Jalan pakai tongkat


Burung Kakak Tua
Bersarang celah batu
Badan sudah tua
Gigi jarang sana satu


Durian atas titi
Pisang dalam dulang
Sukanya rasa hati
Abang sudah pulang


Anak kumbang jati
Suka korek tiang
Senang rasa hati
Emak sudah pulang


Geylang si paku Geylang
Geylang si rama-rama
Pulang marilah pulang
Marilah pulang bersama-sama


Ayun anak ayun
Ayun hujung serambi
Bangun adik bangun
Jangan tidur tinggi hari


Oh bulan mana bintang?
Atas puncak kayu ara
Oh tuan mana hilang?
Dalam dapur atas para


Buai kaduk-kaduk
Kaduk naik ke rimba
Panjang janggut datuk
Buat tali timba 



Thursday 15 November 2012

CERITA PENDEK

Katak Ingin Menjadi Besar Seperti Lembu


      Seekor katak iri hati melihatkan lembu yang berbadan besar. Dia berharap agar dirinya menjadi besar seperti lembu.

     Pada suatu hari, katak pun berdiri di sebelah lembu lalu mengembangkan badannya sebesar bola. Katanya, " Hai, lembu! Adakah saya sebesar kamu? "

     " Tidak! Kamu tetap kecil! " kata lembu. 

     " Bagaimana sekarang ? " kata katak sambil menggunakan sepenuh tenaganya untuk membesarkan perutnya. Tetapi, nasibnya tidak baik. Katak itu mati kerana perutnya pecah. 

     Lembu menggeleng-gelengkan kepala sambil berkata, " Mengapakah kamu cuba melakukan sesuatu di luar keupayaan kamu? " 


Penggembala Dengan Kambingnya 

   Seorang pemuda telah diupah untuk menggembala kambing di padang.

      Pada suatu hari, seekor kambing yang degil telah terkeluar daripada kumpulan utamanya. 

        Penggembala itu menyuruh kambing itu masuk ke dalam kumpulannya. Bagaimanapun arahan itu diingkari oleh kambing itu. 

   Penggembala pun meniup wisel untuk memberikan amaran terakhir. Namun, kambing itu tetap enggan menuruti arahan. 

         Penggembala itu berasa amat marah. Dia pun melontarkan batu ke arah kambing itu. 

     Batu itu terkena tanduk kambing. Tanduk kambing itu patah. 

    Selepas kejadian itu, kambing yang patah tanduknya itu pun kembali menyertai kumpulan utama. 

       Penggembala itu berasa takut apabila melihat tanduk kambing itu patah. 

       Penggembala takut perkara itu diketahui oleh tuannya. Dia pun meminta kambing merahsiakan kejadian itu. 

        Kata kambing itu, " Tuan akan tetap nampak tanduk saya yang patah itu walaupun saya tidak memberitahunya! " 

         Kejadian yang sudah berlaku tidak akan dapat disembunyikan lagi. 


          
Musang Dengan Topengnya 

     Seekor musang telah termasuk ke dalam sebuah kilang membuat topeng. Di dalam kilang itu terdapat pelbagai jenis topeng.

     Musang amat gembira. Ia pun mengambil topeng harimau lalu memakainya.

     Selepas itu, ia pun berjalan ke dalam hutan dengan angkuh.

     Arnab, rusa dan haiwan yang lain berasa takut. Masing-masing melarikandiri apabila terserempak dengan musang itu.

  Apabila sampai di rumahnya, ia pun menanggalkan topeng itu lalu berkata, "Dengan bantuan topeng ini, mudahlah aku menjalankan tipu muslihat! "

     Banyak manusia mudah tertipu kepada orang yang bertopeng.