Saturday 24 November 2012

Karangan bentuk Keperihalan

Keperihalan 1


     Hari ini 31Ogos. Awal-awal pagi lagi kami sekeluarga sudah bangun. Kami bersiap-siap hendak ke Stadium Negeri. Kami akan menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini.

     Sewaktu kami masuk ke dalam stadium, hampir semua tempat duduk telah dipenuhi. Kira-kira sepuluh minit selepas kami duduk, sambutan pun bermula. Dari jauh kami dapat melihat para tetamu kehormatian tiba dan mengambil tempat masing-masing. Mereka dduduk di tempat khas yang telah disediakan.

     Juruacara memulakan majilis dengan menjemput Menteri Besar untuk memberikan ucapan. Sejurus selepas ucapan, acara perbarisan pun bermula. Pasukan pancaragam dari beberapa buah sekolah mendahului perbarisan. Selepas itu perbarisan diikuti oleh pasukan berpakaian seragam seperti polis dan tentera. Agensi-agensi kerajaan dan swasta juga mengambil bahagian.

     Perbarisan di meriahkan lagi dengan perarakan kereta berhias yang mewakili jabatan-jabatan kerajaan dan pihak swasta. Para pengujung yang berada di kiri dan kanan jalan kelihatan begitu tarik dengan perarakan ini. Acara yang terakhir pada hari ini ialah persembahan nyanyian dan tarian tradisional oleh pelajar-pelajar sekolah. Pelbagai jenis tarian yang mewakili pelbagai kaum di negara ini telah dipersembahkan. 

     Setelah selesai persembahan, kami sekeluarga pun pulang. Kami berasa sungguh gembira kerana dapat sama-sama meraikan sambutan Hari Kebangsaan untuk tahun ini. Kami juga berasa amat bangga kerana menjadi rakyat Malaysia dan dapat hidup di negara yang aman dan damai ini.




Keperihalan 2



     Pada suatu malam, ketika aku hendak melelapkan mata, tiba-tiba terdengar bunyi siren bomba begitu kuat sekali. Aku segera berlari keluar dari rumah. Kelihatan dari jauh api menjulang tinggi dan asap berkepul-kepul naik ke udara. 

     Rupa-rupanya satu kebakaran besar telah berlaku di pekan berdekatan rumahku. Keadaan ketika itu sungguh kelam-kabut. Orang ramai bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri masing-masing. Ketika itu aku terlihat api sedang marak di sebuah pasar raya. Kedengaran juga suara mangsa-mangsa kebakaran menjerit minta tolong.

     Beperapa minit kemudian, pasukan bomba pun tiba. Ahli bamba bertungkus lumus memadamkan kebakaran itu. Usaha mereka agak sukar kerana tekanan air di situ rendah. Mujurlah ada sebatang sungai di pekan itu. Air sungai disedut untuk memadamkan api yang semakin marak. Orang ramai juga menghulurkan bantuan kepada pihak bomba. Mereka juga menolong mangsa-mangsa kebakaran mengeluarkan barang-barang keperluan yang sempat diselamatkan.

     Kira-kira setengah jam kemudian, kebakaran tersebut telah berjaya dipadamkan. Setelah api betul-betul padam, pihak polis yang mengawal keadaan membenarkan mangsa-mangsa kebakaran masuk kediaman masing-masing. Mereka mencari jika masih ada barang-barang yang terselamat. Kelihatan banyak harta benta yang musnah dalam kebakaran itu. Mujurlah tiada kehilangan nyawa. Sejurus selepas itu, kawasan kebakaran ditutup. Pihak polis dan bomba akan memulakan siasatan untuk mencari punca-punca kebakaran. Mangsa kebakaran ditempatkan di dewan orang ramai yang berdekatan. Mereka diberi bantuan makanan dan keperluan harian.

     Kejadian itu merupakan peristiwa yang tidak dapat aku lupakan. Sejak peristiwa itu, aku sentiasa berwaspada kerana kata orang "api semasa kecil menjadi kawan, apabila besar menjadi lawan".


Keperihalan 3




     Sejak kecil lagi, saya memang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri. Jika suatu hari nanti saya menjadi seorang Perdana Menteri, saya akan melakukan beberapa perkara demi memastikan negara ini maju dan aman damai.

     Perkata pertama yang akan saya lakukan ialah saya akan cuba menghapuskan gejala rasuah. Pelbagai kempen akan saya lakukan untuk menyedarkan orang ramai akan keburukan rasuah. Saya juga akan menguat kuasa undang-undang dengan menjatuhkan hukuman yang lebih berat kepada perasuah.

     Saya juga akan menjadi negara ini sebuah negara maju. Pelabur-pelabur asing akan saya tarik untuk melabur di negara ini. Kilang-kilang akan diperbanyakan untuk memberi peluang pekerjaan kepada rakyat.

     Saya juga akan melengkapkan sistem pertahanan negara dengan senjata-senjata yang canggih. Ini bertujuan untuk menghalang ancaman musuh.

     Selain itu, saya akan melawat kawasan luar bandar. Segala aduan dan masalah yang mereka hadapi akan saya selesaikan. Orang-orang miskin akan saya bantu untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

     Akhir sekali, demi kesejateraan hidup, saya akan memastikan agar rakyat di negara ini mempunyai nilai akhla yang tinggi.

     Semoga harapan saya ini akan dimakbulkan. Saya berjanji akan melakukan yang terbaik untuk negara.  
  

No comments:

Post a Comment